Wednesday, December 10, 2008


PENDINGIN KOMPUTER

Pendinginan komputer merupakan proses membebaskan haba yang terhasil dari komputer elektronik.
Kebanyakan komponen dalam
unit sistem komputer menghasilkan tenaga haba yang banyak semasa operasi, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada litar bersepadu seperti CPU, chipset, kad grafik dan cakera keras.
Haba ini haruslah disingkirkan untuk memastikan komponen beroperasi dalam suhu yang selamat. Bahagian yang terlebih panas akan menyebabkannya mempunyai jangka hayat yang pendek dan menyebabkan sistem membeku atau rosak. Perkara ini dapat dilakukan dengan menggunakan
penenggelam haba (untuk menambahkan luas permukaan) dan kipas komputer (untuk melajukan pergerakan udara).

No comments: