Wednesday, December 10, 2008



TETIKUS
Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-
1) Tetikus bebola dengan wayar.
2) Tetikus bebola tanpa wayar.
3) Tetikus optik dengan wayar.
4) Tetikus optik tanpa wayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti
Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh
Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -
1) Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
2) Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
3) Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
4) Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

No comments: