Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output) Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer Kelas-kelas komputer: # Komputer Mikro (Micro Computer) # Komputer Mini (Mini Computer) # Kerangka Utama (Mainframe) # Komputer Super (Super Computer) Kenali sejarah komputer... Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pengunaan jari manusia sehinggalah kepada alat mengira,maka terciptalah alat yang mampu melaksanakan asas pengiraan iaitu tambah, tolak dan darab. Sejarah perkembangan komputer sebenarnya telah lama bermula sejak tahun 1940 lagi dan ianya terbahagi kepada empat generasi komputer: Generasi Pertama-Tub hampagas ( 1942 - 1958 ) 1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum). 2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. 3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. 4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah. Generasi Kedua-Transistor (1959 - 1964) 1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas. 2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley. 3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang. 4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. 5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja. 6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. 7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. 8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL. Generasi Ketiga-Litar Elektrik (1964 - 1970) 1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon. 2. Atur cara lebih serasi. 3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa. 4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet. 5. Lebih kuat, utuh dan padat. 6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal. Generasi Keempat (1971 -1999) 1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI). 2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan. 3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan. 4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )). 5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar. Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini) 1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan. 2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. 3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak. 4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Sejarah Internet Sekitar tahun 1960-an,penyelidik-penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer-komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat.Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubungan melalui telefon.Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Advanced Research Project Agency(ARPA),Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pendekatan tersebut menampakkan kejayaan,maka,era rangkaian komputer pun bermula.Kemudiannya ia dikenali sebagai ARPAnet.Rangkaian ini membolehkan berlakunya perkongsian data dan maklumat dengan pantas dan lebih senang.Terdapat banyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem tersendiri seperti NSF iaitu National Science Foundation,MILNET dan sebagainya.Perkembangan sistem ini berubah begitu cepat dan pantas. Pada tahun 1970-an,ARPA membina peraturan atau protokol bagi tujuan penghantaran data antara rangkaian komputer yang berbeza.Protokol internet membolehkan semua komputer seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain. Pada tahun 1980-an,hubungan ini yang kemudiannya dikenali sebagai internet berkembang dengan begitu pesat dan kini internet telah pun menjadi sebahagian budaya serta aktiviti harian penduduk seluruh dunia. Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) Teknologi maklumat mewakili komputer masa kini yang mampu memasukkan, memaparkan dan menghasilkan maklumat yang berguna kepada penggunanya dengan cepat,tepat dan terkini terutamanya dengan kewujudan rangkaian internet seluruh dunia. Komputer terdahulu tidak mampu menjadi betul-betul teknologi maklumat kerana tidak mempunyai teknologi capaian maklumat seperti sekarang.Manakala teknologi komunikasi pula merangkumi teknologi dalam perhubungan berwayar dan tanpa wayar untuk memudahkan komunikasi berlaku sehingga wujud komunikasi mudah dan pantas seluruh dunia.maka,ICT merangkumi kejuruteraan perisian dan sistem(elektronik),multimedia,kepintaran buatan,rangkaian,sistem maklumat pengurusan dan sebagainya. yang penting dalam urusan harian masa kini.Bidang ICT mampu memberi peluang pekerjaan yang pelbagai kepada yang menceburinya,anda bukan sahaja boleh menjadi jurutera komputer tapi seorang ahli peniagaan atau jika anda memiliki kemahiran dalam multimedia,anda juga boleh menjadi perekabentuk multimedia.Itulah kelebihan bidang ICT yang mampu mempelbagaikan lagi rezeki kepada yang mereka yang menceburinya,asalkan anda memiliki kemahirannya.Jadi,isu pengganguran tidak timbul,jika anda memenuhi syaratnya serta pandai menggunakan peluang yang anda.Jika anda ingin menceburi bidang ini terutamanya dalam peniagaan,anda di nasihat menceburinya dalam kejuruteraan(pembuatan,elektronik dan perisian) dan multimedia,menjanjikan peluang masa kini dan hadapan.
Wednesday, December 10, 2008
APAKAH PENGERTIAN KOMPUTER?

PERKAKASAN KOMPUTER
Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.
Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.
Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT..
Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.
TETIKUS
1) Tetikus bebola dengan wayar.
2) Tetikus bebola tanpa wayar.
3) Tetikus optik dengan wayar.
4) Tetikus optik tanpa wayar.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -
2) Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
3) Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
4) Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.
Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.
Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.
Contoh-contoh seni bina CPU:
Intel x86
Zilog z80
IBM System/360
DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
Motorola 6800
SPARC keluaran Sun Microsystem
MIPS keluaran MIPS Computer System
PA-RISC keluaran HP
Alpha keluaran DEC
PowerPC keluaran AIM Alliance
ARM (Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
SuperH
Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
1750A, komputer piawai badan tetenteraan Amerika Syarikat
AP-101, komputer dalam kapal angkasa lepas
Beberapa seni bina CPU yang baru muncul termasuk:
Intel Itanium
AMD x86-64
CPU yang penting dalam sejarah:
EDSAC, seni bina pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan.
Seni bina CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer meja mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti telefon bimbit, PDA, dan permainan video mudah alih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.
Pendinginan komputer merupakan proses membebaskan haba yang terhasil dari komputer elektronik.
Kebanyakan komponen dalam unit sistem komputer menghasilkan tenaga haba yang banyak semasa operasi, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada litar bersepadu seperti CPU, chipset, kad grafik dan cakera keras.
Haba ini haruslah disingkirkan untuk memastikan komponen beroperasi dalam suhu yang selamat. Bahagian yang terlebih panas akan menyebabkannya mempunyai jangka hayat yang pendek dan menyebabkan sistem membeku atau rosak. Perkara ini dapat dilakukan dengan menggunakan penenggelam haba (untuk menambahkan luas permukaan) dan kipas komputer (untuk melajukan pergerakan udara).
Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera: DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM, DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.[1]
Cakera-cakera DVD-Video dan DVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan audio yang diformat dan distrukturkan dengan sebetulnya. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" selalunya disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optik definisi tinggi secara amnya, seperti Blu-ray dan HD DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal kadang-kala dipanggil SD DVD (untuk "definisi biasa").
PENCETAK
Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.
Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.
Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:
1) pencetak hentaman
2) pencetak tanpa hentaman
Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin fotokopi manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan penderia sebagai perantara tangkapan imej.
Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD.
Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada PC.
Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya. Dua
bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar. Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V.
Semasa mendapatkan kotak komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah.
Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih
Kabel kuasa
4 lapik getah dan 4 plag kecil
Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik
Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan Desktop. Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.
Headphone merupakan sepasang pembesar suara (speakers) yang digunakan untuk mendengar bunyi dan suara.
Ianya hendaklah disambung terlebih dahulu ke mana-mana alat elektronik termasuk komputer untuk mendengar bunyi dan suara.
Ianya diletakkan di kawasan kepala dan pembesar suara hendaklah berada tepat di telinga.
Gabungan antara headphone dan mikrofon di panggil ”Headset”.
Mikrofon adalah sebuah alat yang digunakan untuk memasukkan dan merakam bunyi dan suara.
Ianya selalu di panggil dengan nama singkatannya iaitu ”mic”.
Mikrofon selalu digunakan pada macam-macam aplikasi seperti telepon, radio, alat perakam dan juga headset.
Sekarang, kebanyakkan komputer riba (laptop) sudah mempunyai mikrofon yang tersedia di dalamnya
Secara fizikal, hard disk dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan di antara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu penggerak. Penggerak itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.
Fungsi-fungsi hard disk berikut adalah fungsi-fungsi sebuah hard disk :
Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX.
Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.
Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia.
1. Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUXSetiap omputer mempunyai sebuah sistem operasi. Sistem operasi akan disimpan di dalam sebuah hard disk. Sebelum meyimpan sebuah sistem operasi, hard disk tersebut hendaklah terlebih dahulu menjalani proses format. Selepas itu, sistem operasi seperti Windows XP boleh dipasang.2. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.Pelbagai jenis fail boleh disimpan di dalam hard disk. Pada masa kini kapasiti sebuah hard disk telah menjadi semakin besar. Bagi pengguna biasa di rumah, mereka kini boleh menggunakan hard disk bersaiz lebih 300Gb. 300Gb boleh menampung beribu-ribu fail dokumen, 5000 jam muzik digital, 96,000 gambar digital, 300 jam video digital dan 150 video games.3. Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia.Program di dalam omputer meyebabkan omputer mempunyai ramai pengguna pada masa kini. Pelbagai program omputer dibangunkan untuk memudahkan pengguna omputer. Kini melalui omputer kita boleh membuat kerja seperti menaip dokumen, bermain games, melihat video atau mendengar muzik.Sebelum program dapat dipasang kepada sebuah omputer, omputer tersebut hendaklah mempunyai sistem operasi terlebih dahulu. Setiap program juga mempunyai keunikan tersendiri. Lain program, lain sistem operasinya.Adakah omputer kita dapat ‘on’ jika tiada hard disk?Ya. Masih dapat ‘on’ tetapi tiada gunanya kerana tidak mempunyai sistem operasi atau program yang boleh digunakan.
USB Flash Drive merupakan storan data yang bersaiz kecil dan mempunyai USB sebagai penyambung ke komputer.Bagaimana USB Flash Drive BerfungsiSebuah USB Flash Drive mempunyai 3 bahagian utama iaitu USB Interface, badan (body) dan penutup.
USB Interface ini akan disambungkan ke USB Port di komputer. Setelah dismbungkan icon menandakan USB Flash Drive telah disambungkan akan keluar. Jika kita menyemak di My Computer terdapat pertambahan drive. Contohnya Sistem komputer kita mempunyai drive c: , d: dan e:. Tetapi selepas menyambungkan USB Flash Drive, drive f: secara automatik akan dipaparkan.
Selepas itu bolehlah kita menggunakan USB Flash Drive tersebut untuk menyimpan data.Fungsi-fungsi USB Flash DriveBerikut adalah fungsi sebuah USB Flash Drive :
Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.
Menyimpan fail boot system.
Menyimpan program antivirus.
1. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumenUSB Flash Drive boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis fail. Kapasiti USB Flash Drive kini telah mencapai 3Gb dimana fail video dan lagu boleh juga dimasukkan dalam storan ini, tetapi dalam jumlah yang terhad.Terdapat pemain lagu MP3 pada masa kini yang boleh memainkan lagu MP3 terus daripada USB Flash Drive tanpa perlu membuka program.2. Menyimpan fail boot systemFail boot sytem digunakan untuk membuka sistem operasi sebuah komputer. Fail ini digunakan jika sebuah komputer tidak dapat membuka sistem operasinya sendiri. Pada masa dahulu, fail ini disimpan di dalam floppy disk. Namun kini, USB Flash Drive boleh digunakan untuk menyimpan fail boot system.3. Menyimpan program antivirus.Pernahkah anda mendengar antivirus bergerak? Sebuah program antivirus boleh disimpan di dalam USB Flash Drive. Jika sebuah sistem komputer tidak dapat mengatasi virus dengan menggunakan antivirus sedia ada di dalam sistem, antivirus melalui USB Flash Drive ini boleh digunakan.
Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.
CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan baca sahaja c akera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.
Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera p adat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada keperluan pengguna. Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis:
. Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM),
. Pemacu cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan
. Pemacu cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).
· Untuk meletakkan kad-kad tambahan
· Menghantar data untuk CPU,BIOS,Memori
Jenis-jenis Motherboard
Socket 7 (untuk Pentium 2,Cyrix,MMX)
Socket 370 ( untuk Pentium 3,Celeron)
Socket 478 & 428 ( untuk Pentium ,Celeron,AMD)
Socket 775 ( AMD,Celeron,Pentium)
Unit-unit yang terdapat pada Motherboard
· Port keyboard/Mouse PS2
· USB port ( Universel Serial BUS )
· Display port
· Com 1 (serial port )
· Parallel port (printer)